Pendidikan dan kerjaya Najibah Mohd Zin

Najibah Mohd Zin memperoleh sarjana muda undang-undang (LL.B) dari UIAM pada 1988 dan memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di AIKOL selepas bergraduasi. Beliau memperoleh Sarjana Perbandingan Undang-Undang pada 1990 di universiti yang sama dan melanjutkan pengajian kedoktoran di Glasgow Caledonian University, United Kingdom pada 1995[4].